My Add

Tuesday 11 December 2012

Jerman usir empat petugas Syria

BERLIN, SELASA, 11 Disember, 2012:- Jerman mengusir empat petugas kedutaan Syria di sini semalam, sebagai sebahagian daripada langkah untuk menghentikan hubungan diplomatik dengan Presiden Bashar al-Assad.

Menurut Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle, pengusiran empat petugas kedutaan itu jelas menandakan bahawa Jerman ingin mengurangkan hubungan diplomatik dengan Syria kepada tahap minimum.

"Kami berharap Gabungan Kebangsaan Syria (pembangkang) dapat mewujudkan sebuah institusi pentadbiran yang stabil untuk peralihan politik," katanya.

Kesemua petugas terbabit diberi masa sehingga Khamis ini untuk melepaskan jawatan mereka. - AFP

No comments:

Post a Comment