My Add

Saturday 1 December 2012

Jimat RM800 juta setahun

Oleh THOMAS CHONG
 PUTRAJAYA, JUMAAT, 30 November, 2012: Sebanyak 12 bangunan kerajaan termasuk sebuah hospital di sini berjaya menjimatkan penggunaan elektrik sebanyak 10.3 peratus atau bernilai RM3.5 juta dalam tempoh 10 bulan selepas melantik pengurus tenaga.

Pengurus tenaga tersebut dilantik bagi mengenal pasti langkah-langkah penjimatan tenaga serta memantau penggunaan elektrik di bangunan kerajaan berkenaan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kesemua bangunan kerajaan tersebut sebelum ini dikenal pasti sebagai pengguna elektrik yang besar dengan menggunakan tiga juta kilowatt sejam (kWj) dalam tempoh enam bulan berturut-turut.

"Sebuah bangunan di bawah Kementerian Kewangan telah berjaya mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 20 peratus selepas melantik pengurus tenaga manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 9.8 peratus.= UTUSAN

No comments:

Post a Comment