*BADRUDDIN Amiruldin mengangkat tukul untuk menunjukkan kemarahan terhadap keputusan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mahu mengambil alih pasar pagi dan malam serta pasar tani semasa perbahasan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2012, di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. |
KUALA LUMPUR, JUMT, 30 November, 2012: Suasana Dewan Merdeka di PWTC, di sini riuh apabila Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin tiba-tiba 'mengamuk' sambil mengangkat tukulnya.
Nyata isu terkini yang didedahkan pembahas dari Selangor, Datuk Ramli Norani mengenai keputusan kerajaan negeri yang ingin mengambil alih pasar pagi dan malam serta pasar tani membuatkan Badruddin 'panas' dan tidak senang duduk.
Masakan tidak, Badruddin adalah Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang bertanggungjawab menguruskan pasar tani di seluruh negara. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment