My Add

Thursday 13 December 2012

Jumlah kematian Taufan Bopha sudah lebih 900 orang

MANILA, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Jumlah kematian akibat taufan kuat yang melanda Filipina tahun ini sudah melebihi 900 orang dan beratus-ratus lagi masih dilaporkan hilang, kata kerajaan hari ini.

Taufan Bopha menyebabkan 902 orang mati kebanyakannya di Pulau Mindanao di mana banjir dan tanah runtuh muncul punca utama di kira-kira 2,000 kampung pada 4 Disember lalu.

Sementara itu, 615 orang masih dilaporkan hilang. - AFP

No comments:

Post a Comment