My Add

Monday 17 December 2012

Kanak-kanak mungkin hilang tangan

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

 *NOR Arif Luqman Nor Azhadi ditemani neneknya, Tuan Kembang Tuan Muda 
ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas tangannya yang patah 
menjadi semakin parah akibat dibalut terlalu kuat oleh seorang bomoh, semalam.

KUALA TERENGGANU, AHAD, 16 Disember, 2012: Gara-gara terlalu mempercayai bomoh bagi merawat tangan kanan anaknya yang patah, seorang bapa bimbang kemungkinan anak lelakinya yang berusia empat tahun kehilangan anggota tersebut apabila kecederaannya semakin kritikal.

Nor Arif Luqman Nor Azhadi patah tangan akibat terjatuh dari tangga setinggi kira-kira 0.4 meter di dalam rumahnya di Kampung Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira pukul 2.30 petang Rabu lalu.

Selepas mendapatkan rawatan daripada bomoh berkenaan, tangan Nor Arif Lugman yang telah dibalut menjadi bengkak dan kehitaman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment