My Add

Wednesday 5 December 2012

Keluarga mangsa kebakaran kilang Bangladesh terima bantuan

DHAKA, RABU, 05 Disember, 2012: Keluarga sebahagian daripada 120 mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran kilang pakaian di Bangladesh bulan lalu menerima pampasan sebanyak AS$7,300 (RM22,008) setiap seorang daripada kerajaan, semalam.

Kira-kira 43 keluarga menerima cek yang disumbangkan Tabung Kebajikan dan Bantuan Perdana Menteri, Kementerian Buruh dan Pekerjaan, Persatuan Pengeksport dan Pengeluar Pakaian Bangladesh (BGMEA), Persatuan Bank dan pengimport pakaian Hong Kong, Lee & Fang.

Seorang wakil BGMEA memberitahu, baki keluarga mangsa terlibat akan menerima bantuan sama selepas mayat mereka berjaya dikenal pasti menerusi ujian DNA. - DPA

No comments:

Post a Comment