My Add

Sunday 9 December 2012

Kerajaan belanja RM3.9j bangunkan aktiviti sukan lasak

BENTONG, AHAD, 09 Disember, 2012:: Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan hampir RM3.9 juta bagi membangunkan aktiviti sukan lasak di negara ini, tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Zaidon Asmuni berkata, selain itu kementerian turut menganjurkan kursus kejurulatihan rekreasi luar bagi tahap 1, 2 dan 3 untuk merancakkan lagi aktiviti sukan berkenaan di kalangan rakyat negara ini.

"Kursus yang dijalankan bertujuan melahirkan sumber tenaga mahir untuk keperluan industri rekreasi.

"Sijil yang dikeluarkan kementerian dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk persatuan sukan, institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta boleh diterima pakai untuk memohon pekerjaan," katanya dalam ucapan perasmian Program Sport Rec di kawasan Air Terjun Camang, dekat sini, semalam.

Katanya, mereka yang memiliki sijil terbabit boleh memohon kerja di pusat rekreasi swasta, hotel, pusat peranginan dan kem latihan khidmat negara.

Turut menghadiri program yang disertai 3,000 peserta itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Dr Mohd Ghani Mohd Yusoff dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bilut, Datuk Hoh Khai Mun. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment