My Add

Sunday 16 December 2012

Kerjasama tidak berasas hudud?

DUNGUN, SABTU, 15 Disember, 2012: Pas hari ini mengakui tidak kisah jika DAP menganggap kerjasama yang terjalin antara mereka berdasarkan atas prinsip pluralisme dan bukan kerana berasaskan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud.

Perkara itu diakui Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) yang mendakwa, pluralisme merupakan satu bentuk fahaman dan tidak boleh dipaksa untuk diterima atau tidak.

Katanya, apa yang penting orang Islam itu sendiri perlu tegas dengan pendirian terhadap agama Islam.

"Pluralisme itu merupakan perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia dan tidak boleh dipaksa, tetapi kita tegas dengan agama kita sendiri kerana Allah membawa dua pendekata - UTUSANn, yang pertama, tiada agama yang Allah terima melainkan Islam dan kedua tiada paksaan dalam agama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment