My Add

Friday 21 December 2012

Kursus Bahasa Melayu untuk warga Malaysia di luar negara  tahun depan

BESUT, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merancang memberi kursus bahasa Melayu kepada warganegara Malaysia di seberang laut mulai tahun depan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam menguasai bahasa Melayu.

Ketua Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan berkata, kursus akan diberikan kepada semua wargenagara Malaysia termasuk pelajar dan pegawai di kedutaan berpandukan

sukatan yang dirumuskan oleh KPM dan DBP. "Kursus yang akan diadakan pada musim cuti semester itu akan berpusat di bandar tertentu mengikut benua atau wilayah seperti Eropah, Timur Tengah, Asia

Timur dan Oseania," katanya di sini, hari ini.

Katanya, London dipilih untuk benua Eropah, Kaherah untuk Timur Tengah,
Beijing untuk Asia Timur dan Melbourne bagi Oceania.

Beliau berkata, langkah itu diambil susulan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin yang mahu supaya
rakyat Malaysia di seberang laut diberikan kursus Bahasa Melayu bagi memantapkan penguasaan bahasa mereka.

Katanya, DBP akan mengadakan perbincangan dengan KPM bagi memilih tenaga pengajar yang akan mengendalikan kursus berkenaan dengan keutamaan diberikan kepada tenaga pengajar sedia ada di kota-kota berkenaan.

Menurutnya, antara tenaga pengajar yang telah dikenal pasti ialah Zaharah Osman, koresponden New Straits Times dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di
London yang telah berkhidmat sebagai guru Bahasa Melayu di London selama 30
tahun lalu.

Beliau juga memberitahu seiring dengan kursus bahasa Melayu itu, juga akan
diadakan ceramah patriotisme dengan kerjasama Biro Tatanegara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment