My Add

Thursday 6 December 2012

Lagi tabung bantuan guaman Utusan dilancar

SUNGAI PETANI, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Selepas Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu dan Kelantan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah hari ini melancarkan tabung bantuan guaman membela akhbar Utusan Malaysia yang disaman oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

Yang Dipertuanya, Syed Osman Mansor berkata, pelancaran tabung berkenaan timbul atas rasa tanggungjawab badan bukan kerajaan (NGO) itu membela akhbar yang berani melaporkan perkara benar dan membela orang Melayu.

"Tabung ini digerakkan setiap pengerusi Perkasa daerah dengan ikhlas membantu Utusan Malaysia melawan anasir-anasir yang memecah-belahkan orang Melayu dan Islam.

"Wang ringgit bukan ukuran, tetapi tabung ini merupakan terjemahan bahawa Utusan Malaysia tidak bersendirian dalam menghadapi saman daripada Nurul Izzah.'' katanya di sini hari ini.

Di PULAU PINANG, Perkasa negeri itu berjaya mengumpul sebanyak RM2,800 yang disumbangkan ahli-ahlinya sejurus tabung itu dilancarkan malam tadi.

Yang Dipertua Perkasa Pulau Pinang, Yusof Suhaimi Mohd. Yatim berkata, pelancaran tabung itu juga sebagai simbolik perjuangan pertubuhan itu dalam mempertahankan hak orang Melayu, Islam dan raja-raja Melayu.- UTUSAN d

No comments:

Post a Comment