My Add

Tuesday 4 December 2012

Laporan untuk pembayar zakat

PUTRAJAYA, SELASA, 04 Disember, 2012: Semua majlis dan jabatan agama Islam negeri disaran mengeluarkan kad laporan agihan zakat kepada pembayar zakat, sebagai galakan kepada mereka untuk terus berzakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, amnya, menjelang hujung tahun antara 80 hingga 90 peratus daripada kutipan zakat telah diagih kepada golongan asnaf.

Baki dalam 20 peratus itu akan dibawa ke tahun depan, terutama untuk agihan pada Januari dan Februari kerana pada bulan itu jumlah kutipan zakat agak berkurangan, katanya selepas melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012, di sini hari ini.

Katanya, golongan asnaf tertinggi yang menerima agihan zakat ialah fakir miskin, diikuti pembiayaan pendidikan.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, sejak kebelakangan ini agihan zakat setiap negeri menunjukkan peningkatan, menandakan jumlah kutipan juga meningkat.

Ini menandakan umat Islam di negara ini semakin sedar akan ibadah berzakat, katanya sambil menambah, jumlah kutipan lazimnya meningkat ketika bulan puasa dan hujung tahun. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment