My Add

Sunday 16 December 2012

Lawatan kerja PM ke Sandakan padat dengan bertemu rakyat

SANDAKAN, AHAD, 16 Disember, 2012: Jadual lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke sini, hari ini padat dengan menghadiri tiga acara pada sebelah pagi dan satu acara pada tengah hari.

Beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menghadiri program

Pemimpin Bersama Rakyat Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas pada jam 9 pagi. Selepas itu, Najib akan menghadiri upacara pecah tanah bagi pembinaan masjid baru, iaitu yang terbesar di Batu Sapi dengan anggaran kos bernilai RM5 juta.

Kemudian, beliau akan merasmikan Kongres Parti Liberal Demokratik di sebuah hotel, diikuti dengan menghadiri majlis makan tengah hari bersama komuniti gereja dan badan bukan kerajaan sebelum berlepas pulang.

Sepanjang lawatan beliau, perdana menteri diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment