My Add

Sunday 16 December 2012

Obama pilih Kerry gantikan tempat Hillary: CNN

WASHINGTON, AHAD, 16 Disember, 2012: Presiden Barack Obama difahamkan akan melantik Senator John Kerry bagi menjawat jawatan yang disandang Hillary Clinton ketika ini, iaitu sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), demikian menurut laporan berita CNN dan ABC, hari ini.

Perkembangan terbaru itu dipetik CNN menerusi sumber Demokrat yang difahamkan sudah bercakap dengan Kerry.

Ketika diminta mengesah laporan itu, Rumah Putih gagal dihubungi; bagaimanapun, Kerry disifatkan individu paling layak bagi memegang jawatan terbabit.

Susulan kekalahan Kerry sebagai calon presiden Demokratik 2004, beliau ketika ini dilantik sebagai ketua jawatankuasa Senat Hubungan Luar Negara AS. - AFP

No comments:

Post a Comment