My Add

Friday 21 December 2012

Lebih 110,000 guna info trafik twitter PLUS

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Perkhidmatan Twitter PLUS Malaysia Berhad yang menyediakan maklumat trafik terkini bagi semua lebuh raya kendaliannya mendapat sambutan menggalakkan diakses lebih 110,000 pengguna sejak ia diperkenalkan Januari lepas.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad, Mohd Nizam Ismail berkata perkhidmatan twitter di www.twitter.com/plustrafik itu memberi maklumat keadaan trafik terkini di lebuh raya Utara-Selatan, ELITE, NKVE, lebuh raya Persekutuan Laluan 2, Linkedua, Seremban-Port Dickson, Jambatan Pulau Pinang dan Butterworth-Kulim.

"Mengurus hampir 1,000 kilometer lebuh raya adalah tugas yang mencabar.

Oleh itu, kami memerlukan pelbagai saluran untuk memberitahu orang ramai tentang keadaan trafik di lebuh raya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Nizam berkata maklumat trafik terkini turut dipapar di papan tanda elektronik di lokasi-lokasi strategik sepanjang lebuh raya dan orang ramai boleh juga menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

Beliau berkata pihaknya juga menambah perkhidmatan twitter@KembaraPLUS, khusus untuk memaklumkan orang ramai mengenai perkembangan terkini, promosi, panduan perjalanan dan lokasi menarik bagi memudahkan mereka merancang perjalanan dan bercuti semasa menggunakan lebuh raya PLUS. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment