My Add

Thursday 6 December 2012

Lima maut gempa 5.5 magnitud gegar timur Iran

TEHRAN, KHAMIS, 06 Disember, 201: Lima terkorban manakala 12 cedera apabila gempa bumi 5.5 magnitud melanda timur Iran berhampiran sempadan Afghanistan hari ini, kata pegawai kecemasan wilayah Tehran.

“Berdasarkan laporan terkini, gempa bumi itu mengorbankan lima nyawa dan mencederakan 12 yang lain,” kata Ketua Perkhidmatan Pengurusan Krisis Wilayah Khorasan Selatan kepada agensi berita tempatan, Mehr.

Berdasarkan laporan Pusat Seismologi Universiti Tehran, gempa melanda pada jam 8.38 pagi waktu tempatan, di 25 kilometer dari Zohan, sebuah bandar kecil di wilayah terbabit.

Akhoundi dipetik stesen tv tempatan, IRIB sebagai berkata, lima kampung turut ‘musnah atau rosak’ dalam gempa bumi itu. - AFP

No comments:

Post a Comment