My Add

Thursday 6 December 2012

Lokasi ibarat 'perangkap maut'

*KERETA yang dipandu oleh Hamdan Mohd. Ali terbabas selepas dilanggar oleh sebuah treler yang dipandu ke arah utara di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran RTC Gopeng, di Ipoh, Perak, semalam.

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
IPOH, RABU, 05 Disember, 2012: Kombinasi jalan berbukit, gelap terutamanya pada waktu malam dan hujan menjadikan laluan dari Kilometer 293 hingga Kilometer 310 Lebuh Raya Utara-Selatan yang merekodkan 19 kemalangan maut dengan 22 kematian tahun ini antara kawasan paling berbahaya di negara ini.

Malah, Kilometer 304.6 iaitu lokasi yang mengorbankan seorang pemandu bas ekspres semalam merupakan antara lokasi paling kerap berlaku kemalangan sepanjang tahun ini iaitu sebanyak tiga kes.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, keadaan laluan berbukit terutamanya berdekatan Gua Tempurung mendorong pemandu kenderaan untuk memandu laju bagi mendapat kuasa pecutan semasa mendaki namun begitu kenderaan akan bergerak lebih laju semasa menuruni bukit. - UTUSAM

No comments:

Post a Comment