My Add

Friday 14 December 2012

MADA perlu bayar caj air?

ALOR SETAR, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang merupakan agensi di bawah Kerajaan Pusat mungkin akan dikenakan caj bayaran oleh kerajaan Pas Kedah bagi penggunaan setiap liter air mentah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, hal ini kerana enakmen yang diluluskan kerajaan negeri baru-baru ini mempunyai peruntukan setiap liter air mentah dari punca tadahan air hujan perlu dibayar kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

Menurutnya, caj tersebut ialah tiga sen setiap kubik meter bagi menampung kos perbelanjaan, operasi dan memulihara kawasan tadahan air hujan serta sumber air negeri ini.

“Tetapi MADA belum masuk dalam senarai (pembayar) lagi..., dia (MADA) kemudianlah, kita dahulukan pihak lain terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mewakili Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak merasmikan Seminar Pemahaman Program Bandar Selamat Kedah di bangunan Majlis Perbandaran Alor Setar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment