My Add

Friday 7 December 2012

Malaysia tuan rumah anugerah muzik K-Pop

PUTRAJAYA, KHAMIS, 06 Disember, 201: Peminat K-Pop tempatan berpeluang menyaksikan acara anugerah muzik terbesar dan terbaik Korea Selatan, Golden Disk Awards yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 15 dan 16 Januari ini.

Lebih 20 artis terkemuka Korea Selatan yang telah dicalonkan menerima anugerah akan mengadakan persembahan mereka di acara tersebut.

Mereka termasuklah PSY, Big Bang, Super Junior, KARA, T-ara, CNBlue, FT Island, Infinite, Girls Generation dan Beast.

Dianjurkan oleh Mediartncomm Co Ltd, acara ditaja oleh Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, dan disokong oleh Biro Malaysia Convention and Exhibition (MyCEB).

Siaran pra rakaman penyampaian anugerah akan ditayangkan ke Korea Selatan.

Bercakap pada satu sidang akhbar mengenai acara anugerah tersebut, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon berakata Samsung teruja kerana dapat membawa artis-artis terkemuka Korea Selatan ke Malaysia.

"Kami gembira dapat menganjurkan acara paling berprestij ini. Ini adalah lanjutan kepada falsafah Samsung yang dibawa secara langsung, ketika kami terus berusaha memberi inspirasi dan memperkaya kehidupan pengguna kami," katanya.

Acara tahunan Golden Disk Awards yang dianggap sebagai Anugerah Grammy Korea paling berprestij adalah anugerah muzik K-Pop begitu berprestij bagi pencapaian terkemuka dalam industri muzik.

Anugerah dikategorikan berdasarkan pada muzik K-Pop paling popular tahun sebelumnya daripada muat turun digital.

Tiket-tiket berharga RM688 dan RM999 untuk kedua-dua hari acara tersebut boleh dibeli melalui www.ticketpro.com.my, info@ticketpro.com.my, atau telefon 03-78807999 mulai 9 Disember. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment