My Add

Tuesday 18 December 2012

Media disalahkan

PULAU PINANG, ISNIN, 17 Disember, 2012: DAP menyalahkan laporan beberapa media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia berhubung liputan sepanjang kongres kebangsaan parti itu yang berakhir semalam.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mendakwa laporan muka depan akhbar berkenaan selama dua hari berturut-turut mengenai 'Keluhan pemimpin Melayu DAP' dan 'Calon Melayu tersingkir' boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada parti itu.

Sambil memegang akhbar Utusan Malaysia, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mendakwa laporan yang disiarkan bersifat berat sebelah, tidak adil dan berunsur fitnah kerana menggambarkan DAP sebagai anti Melayu.

"Kenapa berita itu yang disiarkan sedangkan banyak perkara lain seperti penggunaan bahasa Melayu oleh perwakilan semasa kongres berlangsung tidak dilaporkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment