My Add

Monday 3 December 2012

Melayu diingat jangan terpedaya janji manis DAP

PULAU PINANG, AHAD, 02 Disember, 2012: Orang Melayu diingatkan tidak terpedaya dengan janji-janji manis yang ditabur oleh DAP kononnya mereka tidak akan kehilangan kuasa untuk terus memerintah di negara ini.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, semua janji itu disifatkan sebagai langkah terdesak DAP untuk menarik kepercayaan orang Melayu bagi menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

Tegasnya, adalah mustahil DAP dapat mengotakan janji berkenaan memandangkan selama ini parti itu sering mempertikaikan hak orang Melayu dan agama Islam seperti yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan.

"Konsep Malaysian Malaysia yang dibawa DAP juga jelas menunjukkan mereka rasis. Ini semua hanya kenyataan terdesak untuk menarik undi orang Melayu.

"Oleh itu saya harap orang Melayu jangan terpedaya dan membuka mata untuk menilai DAP kerana sejarah parti itu jelas menunjukkan mereka hanya memperjuangkan kaum tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

...

No comments:

Post a Comment