My Add

Friday 7 December 2012

MPS tidak akan tutup AES petang ini

PUTRAJAYA, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Majlis Perbandaran Sepang (MPS) tidak akan menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di dua lokasi di Sepang kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Mohd.Sayuti Bakar.

Menurut beliau, pihak MPS telah mengarahkan syarikat yang bertanggungjawab memasang kamera itu iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menutupnya sendiri.

“Langkah ini selaras dengan notis Seksyen 72(1) c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan arahan itu telah dikeluarkan pada 6 Disember lalu kepada pihak terbabit.

“Pihak majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun kenyataan tersebut tidak menyatakan bila tempoh matang notis itu.

Dua lokasi AES itu adalah di Kilometer 66 arah Kajang Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuh Raya Utara Selatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment