My Add

Thursday 20 December 2012

Muhyiddin gesa penjawat awam ganding bahu lonjak kedudukan FDI 

SINTOK, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua penjawat awam berganding bahu pastikan segala agenda dirangka kerajaan dapat dilaksana dalam usaha melonjak Malaysia dalam kedudukan lima terbaik dunia.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika menghadiri perjumpaan bersama lebih 4,000 penjawat awam Kedah di Universiti Utara Malaysia (UUM).

"Negara kini berada pada kedudukan yang baik apabila disenarai ke-10 terbaik dunia dalam indeks Foreign Direct Investment (FDI), selain beberapa ranking antarabangsa lain.

"Kerajaan sudah laksana pelbagai agenda untuk meningkatkan ranking itu dan ia tidak dapat dicapai melainkan agensi pelaksanan terutama penjawat awam di lapangan tidak bersama kita.

"Lapan tahun akan datang pasti akan lebih mencabar. Namun kita percaya jika kita bersatu, sasaran melonjak ke kedudukan yang lebih baik dapat dicapai," katanya di sini, hari ini. - BH

No comments:

Post a Comment