My Add

Saturday 15 December 2012

Najib terima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Thailand

PUTRAJAYA, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Thailand, Sukumpol Suwanatat di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Sukumpol dan rombongannnya berada di sini untuk lawatan rasmi empat hari sehingga 14 Disember untuk mesyuarat tahunan Jawatankuasa Sempadan Am ke-51.

Sukumpol diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Zainal Abidin.

Rombongam Sukumpol termasuk Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Tanasak Patimapragorn, Panglima Angkatan Bersama Tentera Udara Diraja Thailand, Jeneral Padetgarn Jansaewoke, Duta Thailand ke Malaysia, Krit Kraichitti, Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Thailand, Surachai Nira dan Timbalan Setiausaha Tetap Dalam Negeri, Panu Uthairat.

Pertemuan antara Najib dan Sukumpol berakhir dalam setengah jam.

Semalam, Ahmad Zahid mempengerusikan bersama mesyuarat jawatankuasa itu dengan rakan sejawatannya dari Thailand, Sukumpol, di sini.

Mesyuarat itu menumpukan antara lain perkara mengenai pembangunan dan keselamatan antara kedua-dua negara. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment