My Add

Monday 17 December 2012

Najib ucap tahniah kepada Shinzo Abe menang pilihan raya

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012:: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada Presiden Liberal Democratic Party (LDP) Shinzo Abe atas kemenangan parti itu dalam pilihan raya umum Jepun, semalam.

"Tahniah kepada Shinzo Abe atas kemenangan beliau. Jepun ialah rakan Malaysia yang hebat dan saya tahu persahabatan ini akan terus terjalin dalam tahun akan datang," kata Najib dalam laman Twitternya.

Abe, 58, yang kali terakhir memimpin Jepun pada 2006 dan meletak jawatan setahun kemudian pada 2007, kemungkinan besar akan dilantik perdana menteri Jepun yang ketujuh dalam jangka masa enam tahun pada sidang khas parlimen 26 Disember depan. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment