My Add

Sunday 23 December 2012

Parlimen Itali dibubar bagi pilihan raya umum

ROM, AHAD, 23 Disember, 2012: Parlimen Itali dibubar hari ini susulan peletakan jawatan Perdana Menteri, Mario Monti, Jumaat lalu untuk memberi laluan kepada pilihan ratya umum yang dijangka Februari ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lagi sama ada Monti akan bertanding dalam pilihan raya umum itu.

Presiden Itali Giorgio Napolitano menandatangani dikri pembubaran parlimen hari ini selepas mendapatkan nasihat daripada pemimpin politik.


Monti, yang dilantik 13 bulan lalu bagi mengetuai Itali daripada berdepan dengan krisis hutang seperti Greek, meletakkan jawatan selepas parti diketuai bekas Perdana Menteri, Silvio Berlusconi mengumumkan menarik diri daripada memberi sokongan kepada parti yang membentuk kerajaan sekarang.

Monti dijadual memberikan satu sidang media, lewat hari ini dan beliau dijangka mengumumkan kedudukannya untuk bertanding. - AP

No comments:

Post a Comment