My Add

Sunday 23 December 2012

Upacara penghormatan negara untuk Dr. Lim Keng Yaik dipersetujui PM

PETALING JAYA, AHAD, 23 Disember, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi persetujuan supaya upacara penghormatan negara diberi kepada Tun Dr. Lim Keng Yaik sebelum mayatnya dibakar pada Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata keputusan itu dibuat berikutan sumbangan besar mendiang Dr Lim kepada Parti Gerakan dan negara.

"Pihak keluarga Dr Lim dan Parti Gerakan amat berbesar hati dengan keputusan Perdana Menteri untuk memberi penghormatan negara kepada seorang tokoh negara," kata Koh yang juga merupakan Presiden Parti Gerakan.

Ketika ditemui di kediaman Dr Lim di Tropicana Golf and Country Resort, Damansara di sini hari ini, Koh berkata upacara penghormatan negara itu akan diuruskan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment