My Add

Thursday 6 December 2012

Pekerja pos kerja 5 hari seminggu

*RAIS Yatim menandatangani buku bertajuk Reflecting On Cabinet Governing untuk diserahkan kepada Mohd. Khamil Jamil (dua dari kanan) pada Majlis Ramah Mesra bersama Kesatuan Sekerja Pos Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Oleh ASSIM HASSAN
KUALA LUMPUR, RABU, 05 Disember, 2012: Kira-kira 16,000 kakitangan Pos Malaysia Berhad akan bekerja lima hari seminggu bermula Januari tahun depan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, bagaimanapun bagi kakitangan Pos Malaysia di Sabah dan Sarawak, mereka akan memulakan kerja lima hari seminggu itu bermula Februari tahun depan.

Menurutnya, kakitangan Pos Malaysia yang bertugas di kompleks beli-belah pada hari Sabtu dan Ahad tetap akan menjalankan tugas seperti biasa, tetapi mereka layak mendapat bayaran elaun tambah masa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment