My Add

Thursday 6 December 2012

Pelancongan sasar RM168b menjelang 2020

MELAKA, RABU, 05 Disember, 2012: Kementerian Pelancongan menyasarkan pertumbuhan pendapatan sektor pelancongan negara meningkat kepada RM168 bilion menjelang 2020 dan RM30 bilion daripada jumlah itu disasarkan disumbangkan oleh subsektor makanan dan minuman.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan jumlah besar yang dibelanjakan oleh para pelancong dalam subsektor berkenaan semasa bercuti di negara ini.

Menurutnya, subsektor makanan dan minuman menyumbang kira-kira RM10 bilion atau 17 peratus daripada RM58.3 bilion yang dihasilkan oleh sektor pelancongan sepanjang 2011.

"Bagi mencapai sasaran tersebut, kementerian berharap semua pengusaha makanan terutamanya penjaja meningkatkan tahap kebersihan serta mutu perkhidmatan premis masing-masing bagi menarik lebih ramai pelancong untuk mencuba kepelbagaian jenis makanan yang disediakan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment