My Add

Sunday 9 December 2012

Peluk Islam lepas baca kisah Nabi Isa

 *LELAKI warganegara Amerika Syarikat, Robert Paulding Rovers, 30-an (tengah)
memeluk Islam di hadapan imam selepas solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan
 Zainal Abidin, Putrajaya, kelmarin.

PUTRAJAYA, SABTU, 08 Disember, 2012: Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) tertarik memeluk agama Islam selepas membaca kisah Nabi Isa dalam al-Quran yang tidak terdapat dalam kitab-kitab agama lain.

Robert Paulding Rovers, berusia dalam lingkungan 30-an atau nama Islamnya, Rahim Abdullah membuat keputusan memeluk Islam selepas menyelami dan mengkaji secara mendalam agama itu hampir tiga tahun lalu.

Walaupun pernah melawat beberapa negara lain, pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam di Malaysia kerana tertarik dengan cara hidup sederhana dan harmoni masyarakat Islam bersama penganut-penganut agama lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment