My Add

Friday 14 December 2012

Pemimpin Korea Utara gesa lebih banyak satelit dilancar

SEOUL, JUMAAT, 14 Disember, 2012:: Pemimpin Korea Utara menggesa lebih banyak satelit dilancarkan pada masa akan datang, kata media tempatan hari ini.

Gesaan itu dibuat dua hari selepas pelancaran roket jarak jauh Pyongyang yang mencetuskan kemarahan di peringkat global dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kim Jong-Un, yang mengetuai pelancaran roket itu kelmarin, menekankan keperluan untuk melancarkan satelit di masa depan bagi membangunkan sains, teknologi dan ekonomi negara," menurut media rasmi Korea Central News Agency (KCNA).

Korea Utara menegaskan, perlancaran roket itu adalah sebagai satelit di orbit untuk tujuan penyelidikan, namun pengkritik berkata ujian peluru berpandu itu menandakan kemajuan besar bagi program senjata nuklear negara komunis berkenaan.

Sementara itu, Amerika Syarikat memberi amaran kepada Korea Utara terhadap sebarang pelancaran roket di masa akan datang.

"Dia (Kim) mempunyai peluang, sebagai pemimpin baru untuk membawa negara itu kembali ke abad ke-21. Menghubungkan Korea Utara dengan rantau ini dan seluruh dunia. Tetapi, kini dia membuat pilihan yang salah," kata jurucakap Jabatan Negara, Victoria Nuland. - AGENSI

No comments:

Post a Comment