My Add

Thursday 13 December 2012

Pengerusi DAP miliki bukti kukuh

KUALA LUMPUR, RABU, 12 Disember, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh terus dicabar menarik balik kenyataan yang pernah dibuat di Parlimen berhubung kaitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kegiatan liwat.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari menyifatkan, tindakan Karpal menyokong individu yang pernah dituduhnya sebagai peliwat dan menyimpan 'bukti kukuh' seperti disebutkan pada Oktober 1997 itu sebagai tidak bermaruah.

Katanya, sehingga ke hari ini, Karpal masih tidak menarik balik kenyataannya itu walaupun pernah menggesa Anwar bertaubat dalam perkara lain.

"Apakah Karpal ingin menggunakan bukti tersebut untuk kepentingan peribadi atau DAP yang mana beliau merupakan Pengerusi parti itu ketika ini?

"Apakah ini juga asas perjuangan pakatan pembangkang yang memudahkan agenda LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) meresap masuk ke negara sekarang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSANd

No comments:

Post a Comment