My Add

Sunday 9 December 2012

Pengurus besar dibebas dengan jaminan

SHAH ALAM, SABTU, 08 Disember, 2012: Pengurus besar sebuah agensi pekerja asing yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia hasil pembongkaran Jabatan Imigresen di Bandar Baru Klang di sini Sabtu lalu dibebaskan dengan jaminan petang semalam.

Lelaki berusia 49 tahun itu dibebaskan di Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang pada pukul 1.20 petang selepas tempoh remannya selama dua hari tamat semalam.

Bagaimanapun menurut sumber, Jabatan Imigresen sedang memburu beberapa orang lagi termasuk pengarah agensi pekerja asing tersebut yang dipercayai menghilangkan diri selepas kegiatan pemerdagangan manusia di syarikatnya terbongkar.

Jabatan Imigresen kelmarin mendapatkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap pengurus besar agensi pekerja asing terbabit bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia yang dibongkar di Bandar Baru Klang minggu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment