My Add

Sunday 9 December 2012

'Saya bersyukur isteri selamat, kami stabil'

KUCHING, SABTU, 08 Disember, 2012: "Tiada apa yang lebih melegakan saya selain mengetahui isteri saya berada dalam keadaan selamat. Dialah kekuatan untuk saya terus hidup."

Demikian luahan mangsa, Saad El-Sir El-Sadiq, 29, kini sudah sedar sepenuhnya selepas nyaris maut akibat dikelar di leher di Restoran El-Sadiq yang terletak Jalan Rubber di sini awal pagi semalam.

Saad berkata, dia bimbang dengan keadaan isterinya kerana terdengar bunyi suspek mengelar leher isterinya berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging.

"Saya terpaksa menutup mata dan berpura-pura mati ketika dia mengelar leher isteri saya dan ketika itu saya berasa sangat sedih kerana tidak berdaya untuk menyelamatkan isteri saya.

"Selepas mendapati suspek telah pergi, saya beranikan diri membuka mata dan berasa sangat sedih apabila melihat keadaan isteri saya sangat parah," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment