My Add

Sunday 9 December 2012

Perkasa minta semua pihak terima Pelan Pembangunan Pendidikan

 *IBRAHIM Ali beramah mesra dengan sebahagian daripada 520 murid yang 
mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah selepas 
menyampaikan sumbangan wang dan beg sekolah di Pasir Mas, semalam.

PASIR MAS, SABTU, 08 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta semua pihak menerima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang bakal dibentangkan oleh kerajaan tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya percaya pelan tersebut digubal oleh kerajaan selepas mendengar tuntutan daripada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, pelan tersebut tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik.

"Perkasa sekali lagi meminta semua pihak memberi sokongan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang sudah hampir selesai," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment