My Add

Sunday 9 December 2012

Pemuda diselamatkan jiran

 *SITIRokiah Mat Ripin bersama salah seorang anaknya, Mohd. Farid Izudin Mohd. Razzif mencari barang yang masih boleh diguna setelah rumah mereka terbakar di PPR Ulu Pudu, Cheras, semalam.

KUALA LUMPUR, SABTU, 08 Disember, 2012: Seorang pemuda yang pulang ke rumah lewat pagi dan baru setengah jam tidur, diselamatkan jiran setelah rumahnya di tingkat 14, blok A, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ulu Pudu di sini terbakar awal pagi ini.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 6 pagi itu bagaimanapun mengakibatkan keluarga pemuda terbabit terdiri daripada ibu, bapa tiri, dua beradik, seorang menantu dan seorang bayi hilang tempat tinggal.

Menurut ibu pemuda itu, Siti Rokiah Mat Ripin, 53, ketika kejadian, dia dan ahli keluarga yang lain tiada di rumah dan hanya anak lelakinya, Mohd. Firdaus Ahmad, 22, berada di situ. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment