My Add

Thursday 6 December 2012

Peserta misi solidariti Gaza tiba di Kaherah

Daripada MOHD. HAZLI HASSAN
KAHERAH, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Kumpulan Misi Solidariti Gaza seramai 111 peserta selamat tiba di sini menaiki dua penerbangan.

Mereka tiba dalam dua kumpulan masing-masing 50 dan 61 peserta yang turut disertai oleh enam lagi peserta dari Mesir.

Semua peserta bergerak ke pintu sempadan Palestin di Rafah menggunakan empat buah bas dan dijangka akan menempuh perjalanan selama 8 ke 10 jam sebelum tiba di Rafah.

Di Rafah, mereka akan meneruskan perjalanan ke Gaza untuk misi kemanusiaan menyelamatkan bumi Palestin dari cengkaman rejim Yahudi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment