*NAJIB Tun Razak bersama para perwakilan Kelab UMNO Luar Negara melihat akhbar Utusan Malaysia semasa mengadakan pertemuan di tingkat 5, Bilik Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. |
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Kerajaan akan memastikan tahap keselamatan rakyat Malaysia di luar negara terutama pelajar ditingkatkan terutama di beberapa negara bergolak di rantau Arab.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan pertemuan dengan 67 wakil Kelab UMNO Luar Negara di sini hari ini turut meminta pemimpin kelab berkenaan supaya memberi maklumat segera berhubung perkara itu kepada pihak kedutaan.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negara Kelab UMNO Mesir, Habib Bakri Mamat berkata, perkara itu dibangkitkan beberapa wakil Kelab UMNO berikutan perkembangan semasa di Mesir dan Asia Barat yang masih tidak menentu.
''Kita gembira apabila permintaan kami mendapat perhatian serius Perdana Menteri dan pada masa sama beliau mengajak kami berfikir kesan pertukaran kerajaan yang bukanlah satu-satunya penyelesaian untuk melihat perubahan,'' katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan tersebut yang berlangsung selama kira-kira 30 minit itu.
Yang hadir sama, Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim.
Presiden Kelab UMNO Australia Barat, A. Al-Haqq Mohamad Mubin pula berkata, kesediaan Perdana Menteri untuk menangani isu-isu yang dibangkitkan dalam pertemuan itu amat melegakan.
Katanya, ia membuktikan keprihatinan pemimpin nombor satu negara kepada pelajar di luar negara walaupun mempunyai pelbagai isu yang lebih kritikal di tanah air.
Presiden Kelab UMNO Auckland, Noor Liyana Nouxman berkata, Perdana Menteri turut menyampaikan pesanan supaya Kelab UMNO Luar Negara menjadi jentera untuk membantu UMNO dan kerajaan khususnya dalam menjayakan agenda transformasi.
Katanya, Perdana Menteri turut menyifatkan Kelab UMNO Luar Negara sebagai landasan terbaik untuk generasi muda menjayakan agenda berkenaan.
Sementara itu, wakil Kelab UMNO Queensland, Fatin Sajeeda Abdul Shukor yang kali pertama menghadiri Perhimpunan Agung UMNO mengakui teruja dapat menghadiri pertemuan bersama Perdana Menteri hari ini. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment