My Add

Saturday, 1 December 2012

Jadikan Malaysia satu jenama

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 30 November, 2012: Kecekapan pentadbiran ekonomi oleh kerajaan Barisan Naional (BN) yang ditunjangi UMNO menjadikan Malaysia sebagai satu jenama di peringkat global.

Wakil Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, status berkenaan adalah bersandarkan keunggulan negara dalam beberapa indeks kedudukan global yang adakalanya mengatasi negara besar seperti Amerika Syarikat (AS) dan China malah negara jiran, Singapura.

Sebagai contoh katanya, Malaysia adalah negara terulung dalam sistem kewangan Islam, berada di tempat pertama negara yang menawarkan kemudahan kredit terbaik, kedudukan keempat destinasi membeli-belah dan perlindungan pelabur di samping kedudukan kelima indeks syariah.

Selain itu, katanya, Malaysia berada pada kedudukan kesembilan destinasi pelancongan, ke-12 paling mudah berurus niaga, ke-20 perdagangan antarabangsa dan tempat ke-25 paling kompetitif.

 Gabungan usahawan galak integrasi nasional

KUALA LUMPUR: UMNO Wilayah Persekutuan mencadangkan satu langkah afirmatif diperkenalkan bagi menggandingkan kerjasama antara usahawan bumiputera dengan usahawan bukan bumiputera bagi menggalakkan lagi integrasi nasional.

Wakilnya, Rozman Isli berkata, langkah tersebut akan memberi kesan positif kepada semua kaum dan pada masa yang sama, memberi lonjakan berganda kepada saiz dan kekukuhan komuniti usahawan bumiputera.

“Suka atau tidak, kita akur dunia perniagaan di negara ini adalah dikuasai bukan bumiputera namun apa yang ingin kita lihat ialah kemasukan kumpulan generasi baru usahawan bumiputera.

“Mereka akan menjadi benih kepada proses pembudayaan keusahawan ini, kita perlu perkenalkan satu pakej insentif yang menarik, komprehensif dan mesra pasaran kepada syarikat usahasama bumiputera dan bukan bumiputera dalam sektor-sektor tertentu," katanya.

Muhyiddin jumpa wakil Kelab UMNO Luar Negara

MUHYIDDIN Yassin (tengah) bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bergambar dengan wakil-wakil Kelab UMNO Luar Negara dalam pertemuan tertutup pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan wakil Kelab UMNO Luar Negara dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Pengerusi Kelab UMNO Surrey, United Kingdom, Mohd. Hanif Yusoff berkata, dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mahu ahli kelab tersebut mendekati masyarakat terutama rakyat Malaysia yang berada di luar negara serta menyampaikan maklumat dan agenda kerajaan.

Selain itu, Muhyiddin juga mahu kita menjadi medium untuk menangkis sebarang maklumat yang tidak benar mengenai kerajaan terutamanya dakyah yang disebarkan oleh pembangkang," katanya selepas pertemuan tersebut.

Pengerusi Kelab UMNO Kanada, Saifullah Fudzail, 20, pula memberitahu, Muhyiddin juga mengingatkan mereka supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita yang memburukkan kerajaan.

Beliau juga mahu golongan pemimpin muda terus memperjuangkan UMNO demi masa depan agama, bangsa dan negara tanpa mengharapkan balasan wang ringgit ataupun jawatan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment