My Add

Wednesday 19 December 2012

PM ketuai delegasi ke Sidang Kemuncak ASEAN-India

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Peringkat ASEAN-India selama dua hari yang diadakan New Delhi, India mulai esok.

Selain menghadiri sidang kemuncak itu, Najib akan turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya Dr. Manmohan Singh di luar sidang tersebut, menurut kenyataan Kementerian Luar di sini hari ini.

Najib akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel, serta Duta Khas ke India dan Asia Selatan bagi Infrastruktur Datuk Seri S.Samy Vellu.

Sidang kemuncak itu bertemakan "Perkongsian ASEAN-India untuk Keamanan dan Kemakmuran Bersama", akan turut memperakukan Kenyataan Wawasan ASEAN-India yang telah disediakan dengan mengambil cadangan daripada Kumpulan Tokoh Terkemuka ASEAN-India (AIEPG).

Kenyataan Wawasan tersebut bertujuan mengangkat hubungan ASEAN-India ke tahap perkongsian strategik yang merangkumi inisiatif kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya, menurut kenyataan itu.

Sempena sidang kemuncak itu, beberapa program turut diadakan antaranya Rali Kereta ASEAN-India, Ekspedisi Pelayan INS Sudarshini ke negara-negara ASEAN dan Forum Perniagaan ASEAN-India. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment