My Add

Friday 14 December 2012

Polis buru suspek pukul anggota JPJ

 
TAPAH, KHAMIS, 13 Disember, 201: Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kes anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cedera akibat dipukul dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 2, Jalan Sungkai-Slim River, 4 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan D. Som Sak berkata, dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, pemandu lori tersebut, Mohamad Idris Din (gambar), 44, dikatakan enggan memberi kerjasama selepas dia ditahan atas kesalahan tayar botak.

Sebaliknya, lelaki itu bertindak agresif dengan memukul anggota JPJ terbabit menggunakan cop JPJ selain mengugut mereka dan merampas saman yang dikeluarkan sebelum melarikan diri.

Berikutan itu katanya, polis sedang mengesan Mohamad Idris untuk siasatan lanjut.

"Mohamad Idris dikesan beralamat terakhir di Ladang BMR Bahagian Kilang Baru, Kulim, Kedah dan dia dicari mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment