My Add

Wednesday 5 December 2012

Polis gemuk di Indonesia diarah bersenam

TANGERANG (Indonesia), RABU, 05 Disember, 2012: Polis gemuk yang bertugas di ibu negara Indonesia diarah melakukan senaman dua kali seminggu bagi mengelakkan wujudnya persepsi bahawa golongan ini tidak mampu memberikan perlindungan kepada orang ramai.

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto, berkata pegawai polis yang mempunyai berat badan melebihi 100 kilogram perlu mengikuti program mengurangkan berat badan susulan peningkatan jumlah anggota yang gemuk.

Beliau berkata, tekanan, gaya hidup yang mengamalkan banyak duduk dan makanan ringan adalah punca pegawai polis di Jakarta mengalami pertambahan berat badan yang tidak dikehendaki.

Pendaftaran program yang sudah bermula minggu lalu mencatatkan jumlah pegawai polis yang gemuk kepada 400 anggota. - AP

No comments:

Post a Comment