My Add

Wednesday 5 December 2012

Mahkamah Sesyen Khas Rasuah percepatkan pendakwaan: SPRM

KUALA LUMPUR, RABU, 05 Disember, 2012: Penubuhan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah mampu membantu Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melaksanakan pendakwaan berkaitan jenayah rasuah di negara ini dengan lebih cepat.

Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata kewujudan mahkmah itu sejak setahun lalu dapat mengurangkan tempoh pendakwaan jenayah rasuah yang tertunggak kepada hanya dua minggu saja.

Beliau berkata, jika sebelum ini perbicaraan terhadap pesalah rasuah perlu mengambil masa hampir dua atau tiga bulan disebabkan kekangan untuk mendapatkan bukti di mahkamah.

"Kes rasuah tidak sama dengan kes jenayah lain, kita selalu meminta mahkamah supaya mengambil keterangan saksi secara keseluruhan bagi mengelakkan keraguan terhadap kes yang dibicarakan.

"Oleh itu mahkamah perlu mengambil masa yang panjang bagi mendapatkan keterangan daripada setiap saksi. Ini kerana kadang-kadang saksi enggan memberi keterangan lengkap untuk mengukuhkan bukti yang ada.

"Mungkin bila mereka jumpa dengan kita mereka akan ceritakan kesemuanya untuk mengelak dituduh, tapi bila sampai di mahkamah mereka akan berasa gugup dan takut untuk menyampaikan keterangan," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Pencegahan Rasuah bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Media Wilayah Persekutuan di pejabat SPRM, di sini, hari i - BH

No comments:

Post a Comment