My Add

Monday 10 December 2012

Polis sangkal anggota rogol wanita Indonesia

BUKIT MERTAJAM, 09 Disember, 2012: Polis Pulau Pinang menafikan dakwaan dua anggotanya merogol dan mencederakan seorang wanita warga Indonesia di Bukit Tengah, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, wanita berkenaan didapati sengaja mereka-reka cerita kononnya dia dirogol dua anggota polis yang menahan teksi dinaikinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Beliau berkata, dakwaan wanita terbabit kononnya dia bekerja di sebuah kilang di negeri itu juga tidak benar kerana siasatan mendapati dia sebenarnya bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).

"Selain membuat dakwaan palsu kononnya dia bekerja kilang, wanita terbabit juga dikesan memberi keterangan meragukan kerana lokasi dia didakwa dirogol merupakan kawasan tumpuan orang ramai dan dikawal pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment