My Add

Friday 14 December 2012

Raja Abdullah dibenar keluar hospital

RIYADH, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah semalam dibenarkan keluar dari hospital selepas kira-kira sebulan menerima rawatan di Pusat Perubatan King Abdulaziz kerana menjalani pembedahan di bahagian tulang belakang.

Pada 18 November lalu, pihak istana mengumumkan bahawa raja yang berusia 89 tahun itu menjalani pembedahan kerana masalah membetulkan ligamen di bahagian belakang.

Pada November 2010, baginda pernah menjalani pembedahan di New York kerana masalah darah beku di bahagian tulang belakang. - AFP

No comments:

Post a Comment