My Add

Tuesday 4 December 2012

Rasuah: Bekas ketua polis trafik Indonesia ditahan

JAKARTA, SELASA, 04 Disember, 2012: Indonesia menahan seorang bekas ketua polis trafik kerana disyaki terlibat rasuah melibatkan nilai berjuta-juta dolar, kata badan pemantau rasuah Indonesia hari ini, iaitu skandal rasuah terkini melibatkan penguatkuasa polis.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) berkata, penahanan Djoko Susilo, bekas ketua bahagian trafik hari ini "untuk siasatan berhubung pecah amanah" berhubung satu tender untuk pembelian simulasi pemandu bernilai AS$21 juta (RM65.1 juta).

"Dia akan disoal siasat dalam tempoh 20 hari dan jika kita mempunyai bukti berhubung salah laku, dia akan didakwa di mahkamah," kata jurucakap KPK, Johan Budi. - AFP

No comments:

Post a Comment