My Add

Saturday 8 December 2012

Shafie temui pelajar Malaysia di Perancis

 *MOHD. SHAFIE Apdal (duduk, tengah) dan Shuryani Datuk Shuaib (duduk,
 empat dari kanan) serta anggota delegasi beliau bersama pelajar Malaysia di
Toulouse, Perancis, kelmarin.
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang dalam rangka lawatan rasmi ke Perancis mengambil peluang bertemu para pelajar Malaysia yang menuntut di universiti di Toulouse semalam.

Pada pertemuan itu, beliau menasihati para pelajar berkenaan supaya sentiasa bersikap matang, bijak dan positif dalam mengejar matlamat pengajian mereka.

''Pelajar perlu bijak berfikir dan bertindak secara rasional tanpa dipengaruhi emosi yang akhirnya boleh merugikan diri sendiri. Justeru perlulah bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk serta berfikir dan bertindak secara rasional tanpa mengikut emosi ketika melakukan sesuatu perkara agar tidak menjejaskan pengajian,'' katanya semasa berucap pada majlis pertemuan di Toulouse itu. Teks ucapannya dikeluarkan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment