My Add

Sunday 23 December 2012

Singapura juara empat kali Piala AFF Suzuki


*SKUAD Singapura meraikan kejayaan selepas menjuarai Piala AFF Suzuki di Stadium Supachalasai, Bangkok, malam ini. Singapura menundukkan pasukan tuan rumah, Thailand menerusi agregat 3-2. - Foto Reuters

BANGKOK, SATU, 22 Disember, 2012: Singapura dinobatkan juara kali keempat dalam kejohanan Piala AFF Suzuki selepas menundukkan pasukan tuan rumah, Thailand menerusi agregat 3-2.

Perlawanan akhir pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Supachalasai menyaksikan pasukan pelawat menggunakan pendekatan bertahan selepas berbekalkan kelebihan dua gol atas kemenangan 3-1 pada pusingan pertama.

Walaupun Thailand mendapat gol awal pada penghujung separuh masa pertama iaitu minit ke-45 hasil jaringan K Keawsomba, ia gagal membantu pasukannya muncul sebagai juara Piala AFF Suzuki 2012.  - BH



No comments:

Post a Comment