My Add

Friday 14 December 2012

Sultan Selangor dukacita titah baginda dimanipulasi

Oleh HELMI MOHD. FOAD

SHAH ALAM, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita apabila terdapat pemimpin politik dan portal berita serta laman blog telah memanipulasikan titah baginda dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu mengenai baginda sangat benci mendengar orang menuduhnya merupakan orang UMNO.

Baginda difahamkan kesal dengan tindakan tersebut kerana kenyataan dalam wawancara berkenaan tidak dilihat secara keseluruhannya sebaliknya diputarbelitkan untuk kepentingan sesetengah pihak.

Sedangkan dalam wawancara tersebut, Sultan Sharafuddin menjelaskan niat ikhlas baginda dalam memberikan nasihat terutama membabitkan isu-isu melibatkan perpaduan orang Melayu dan kepentingan agama Islam namun sering kali baginda ditohmah sebagai orang UMNO. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment