My Add

Tuesday 11 December 2012

Suspek rompak, rogol jurujual diberkas

KEMAMAN, SELASA, 11 Disember, 2012: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam satu kes rompak dan rogol seorang jurujual di Chukai di sini, awal bulan lepas.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang pada pukul 3.35 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K.Manoharan berkata, lelaki itu ditahan berdasarkan lakaran wajah suspek yang dibuat oleh mangsa.

"Suspek berasal dari Pulau Pinang dan adalah pesalah di bawah Akta Kediaman Terhad yang dibuang daerah ke Kemaman. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 Ahad lepas, seorang jurujual berumur 18 tahun dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di bilik asrama— BERNAMA

No comments:

Post a Comment