My Add

Thursday 20 December 2012

Tetap tidak turun cukai pintu

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
 
*PENDUDUK kampung Baru Subang dan Kampung Baru Sungai Buloh mengadakan 
demonstrasi di hadapan Bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam membantah 
kenaikan cukai pintu.

SHAH ALAM, RABU, 19 Disember, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menurunkan cukai pintu di negeri ini termasuklah di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meskipun telah berjanji untuk melaksanakannya pada pilihan raya umum lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengenakan cukai pintu berdasarkan kegunaan tanah yang mana kadarnya akan dinaikkan sekiranya tanah itu dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti industri dan sebagainya.

"Kalau tanah itu tidak dibangunkan, maka cukai pintu yang dikenakan adalah rendah. Apabila tanah itu digunakan untuk bangunkan kilang dan sebagainya, maka cukai pintunya akan berubah (meningkat)," katanya.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment